KUALA LUMPUR: Siasatan dalaman berhubung pembatalan penyertaan dan kemenangan jaguh lontar peluru F20 (kecacatan intelektual) kebangsaan, Muhammad Ziyad Zolkefli pada Sukan Paralimpik Tokyo baru-baru ini, selesai dua hari lepas (Selasa).
Pengerusi jawatankuasa siasatan itu, Tan Sri Borhan Dolah memaklumkan pihaknya kini akan menumpukan untuk menyiapkan laporan penuh siasatan yang dijangka dapat dilengkapkan pada minggu hadapan.
"Alhamdulillah apa yang saya boleh rumuskan adalah siasatan pada Isnin dan Selasa lalu berjalan lancar. Kesemua 10 individu dipanggil memberi kerjasama yang amat baik dalam membantu siasatan kami.
"Pihak kami berpuas hati dengan bukti dikemukakan mereka dan tiada lagi individu tambahan akan dipanggil lagi selepas ini. Kesemua maklumat diperoleh sudah cukup bagi kami untuk menyiapkan laporan yang dijangka siap minggu depan," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Antara individu dipanggil membantu siasatan jawatankuasa berkenaan adalah Muhammad Ziyad, jurulatihnya Mohd Faizol Harun dan Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin.
Borhan yang juga bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam menjangkakan kesemua hasil kerja mereka termasuk penyerahan laporan kepada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan dapat dilaksanakan sebelum hujung bulan ini.
Selepas laporan diserahkan, beliau berkata pihaknya akan berjumpa dengan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu pada satu tarikh sesuai bagi menerangkan dengan lebih lanjut siasatan termasuk syor dikemukakan untuk tindakan lanjut boleh diambil dan menjelaskan sebarang keraguan kepada KBS.
Sekiranya KBS tidak berpuas hati dengan siasatan dijalankan, Borhan memberi jaminan pihaknya sememangnya bersedia untuk melakukan siasatan tambahan bagi memuaskan hati kementerian mengenai isu menyelubungi pemenang emas Rio 2016 itu.
Muhammad Ziyad dinafikan sebagai pemenang pingat emas acara lontar peluru lelaki F20 dengan catatan lontaran sejauh 17.94 meter (m) yang juga rekod baharu dunia pada temasya sukan berprestij di Jepun itu.
Atlet berusia 31 tahun itu diklasifikasikan sebagai 'Did Not Start' (DNS) atau tidak memulakan saingan susulan protes dilakukan terhadapnya oleh pasukan Ukraine yang mendakwa Muhammad Ziyad lewat melapor diri di bilik menunggu sebelum pertandingan berlangsung.
Kontroversi melanda hari ketujuh temasya berprestij itu menyaksikan atlet Ukraine Maksym Koval diumum sebagai pemenang emas dengan lontaran 17.34m sekali gus memecahkan rekod dunia milik Muhammad Ziyad iaitu 17.29m yang dilakukan pada Kejohanan Olahraga Para Dunia 2017 di London.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 14 2021
Muhammad Ziyad dinafikan sebagai pemenang pingat emas acara lontar peluru lelaki F20 dengan catatan lontaran sejauh 17.94 meter (m) yang juga rekod baharu dunia pada temasya sukan berprestij di Jepun itu. - Gambar fail/BERNAMA
Ziyad rangkul emas kejohanan dunia di Jepun
Muhammad Ziyad Zolkefli menjuarai acara lontar peluru lelaki F20 di (kecacatan intelektual) Kejohanan Olahraga Para Dunia 2024 di Jepun.
Pihak berkuasa Jepun halang pemandangan Gunung Fuji
Pihak berkuasa Jepun memasang penghadang pemandangan Gunung Fuji pada Selasa untuk mengatasi peningkatan pelancong asing yang mengganggu ketenteraman awam di kawasan sekitar.
Suntikan vaksin Papilomavirus kepada 719,236 pelajar perempuan
KKM berikan suntikan vaksin Papilomavirus manusia (HPV) kepada 719,236 pelajar perempuan terdiri daripada kohort 2021 hingga tahun ini.
[TERKINI] Penumpang pesawat SIA meninggal dunia dalam pesawat
Seorang penumpang pesawat Singapore Airlines (SIA) dilaporkan maut dalam kejadian gelora udara ketika dalam perjalanan dari London (Heathrow) ke Singapura pada Selasa.
Yakin RUU355 akan dapat undi majoriti mudah - Hadi
Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang yakin Rang Undang-undang Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU 355) akan mendapat undian majoriti mudah dalam sidang parlimen akan datang.
Rakyat Malaysia bimbang penipuan pembayaran
Firma perisian Analitik Global, FICO, dalam penyelidikan terbaharunya mendedahkan bahawa 32 peratus rakyat Malaysia paling bimbang ditipu dalam hal berkaitan pembayaran.
Suspek buang bayi dipercayai warga asing
Suspek buang bayi di pangsapuri di Pantai Dalam dipercayai bukan penduduk kawasan perumahan.
[INFOGRAFIK] Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) ST1 2024
Berikut adalah sedikit infografik berkenaan KDNK ST1 2024. Sila klik video untuk berita selanjutnya.
Ibu bapa bayi naik motosikal ucap terima kasih kepada PM
Pasangan suami isteri yang menaiki motosikal sambil membawa bayi berusia 11 bulan yang tular di media sosial dalam keadaan memakai alat bantuan pernafasan berterima kasih selepas mendapat bantuan.
Projek mitigasi banjir kilat Puchong dijangka siap akhir tahun ini
Projek mitigasi banjir kilat di kawasan Puchong yang menelan belanja lebih RM5 juta dijangka siap menjelang hujung tahun ini.
Parlimen: KBS tetap jalankan siasatan lanjut isu Muhammad Ziyad
KBS bersependapat dan percaya dengan pendirian Muhamad Ziyad bahawa dakwaan beliau tiba lewat adalah dakwaan yang tidak berasas.
Siasatan isu Ziyad selesai, laporan penuh siap minggu depan
Siasatan dalaman berhubung pembatalan penyertaan dan kemenangan jaguh lontar peluru F20 Muhammad Ziyad Zolkefli pada Sukan Paralimpik Tokyo baru-baru ini, selesai dua hari lepas.
Tanda pagar #Justiceforziyad trending di Twitter
Nama Ziyad turut menjadi trending di Twitter ketika ini dengan 290,000 ciapan selain tanda pagar #justiceforziyad.
Paralimpik Rio 2016: Bekas penjual kuetiau sumbang emas Paralimpik buat negara
Bapa mana yang tidak berbangga apabila anaknya yang pernah menjual kuetiau di ibu kota dulu kini menjadi penyumbang emas kepada negara pada Sukan Paralimpik Rio de Janeiro, Brazil.
Paralimpik Rio 2016: Penat lelah, usaha gigih mereka terbalas - CDM
Ketua kontinjen negara ke Suka PParalimpik 2016, Dr Ang Kean Koo melahirkan rasa syukur dan bangga dengan pencapaian dua atlet olahraga yang berjaya merealisasikan impian negara untuk meraih emas.